Panduan Mendaftar Lebih Daripada Satu Kelas
Buat masa ini anda boleh mendaftar hanya satu kelas dalam satu pembelian. Ini bermakna jika anda ingin mendaftar lebih daripada satu kelas, anda perlu membuat pendaftaran atau pembelian berasingan bagi setiap kelas.
Terdapat dua cara yang digalakkan untuk mendaftar lebih daripada satu kelas seperti yang akan diterangkan di bawah. Bagi setiap cara ada perkara yang dikongsi bersama iaitu:
- Buatkan salinan text atau screenshot panduan ini supaya mudah untuk anda merujuk kembali panduan ini.
- Bookmark halaman kursus yang anda ingin daftar untuk memudahkan akses bagi setiap kali pendaftaran.
- Bagi pendaftaran berjumlah 2-3 peserta dan anda ingin menggunakan kurier ‘GDEX’: Pilih ‘GDEX’ hanya untuk pendaftaran pertama dan yang seterusnya pilih ‘Pos Setem’.
- Bagi pendaftaran berjumlah 4 peserta dan ke atas: Penghantaran ‘GDEX’ adalah percuma maka pilih ‘POS SETEM’ untuk setiap order.
- Pastikan anda rekod nombor ‘ORDER ID’ bagi setiap pendaftaran atau pembelian.
- Maklumkan kepada kami melalui WhatsApp nombor ‘ORDER ID’ bagi setiap pendaftaran supaya kami tahu sijil-sijil yang perlu dihantar sekali.
- Setiap kelas mempunyai borang pendaftaran peserta yang berasingan. Fungsi ‘Autocomplete’ dalam browser akan membantu mempercepatkan pengisian.
- Jika anda memerlukan sebarang bantuan sila hubungi kami melalui WhatsApp.
Jika anda ingin mendaftar 2-3 kelas dan/atau ingin bayar gunakan ‘Online Banking’:
- Buat pendaftaran untuk salah satu kelas.
- Pilih cara bayaran ‘Online Banking’.
- Lengkapkan proses pembayaran dan pendaftaran peserta.
- Ulangi untuk kelas-kelas seterusnya.
Jika anda ingin mendaftar lebih daripada 3 kelas dan/atau ingin bayar gunakan ‘Bank Transfer – Mesin Bank – CDM’:
- Buat pendaftaran untuk salah satu kelas.
- Pilih cara bayaran ‘Bank Transfer – Mesin Bank – CDM’.
- Rekod amaun bayaran yang perlu dibuat.
- Ulangi untuk kelas-kelas seterusnya.
- Hantar bayaran jumlah amaun ke bank akaun yang diberikan.
- Hantar bukti bayaran kepada kami melalui WhatsApp.
- Setelah pembayaran disahkan, isi borang-borang pendaftaran peserta.
Tutup Popup