Skip to main content
Pilihan Kelas - Selected ClassesClose Cart

Adalah menjadi tanggungjawab semua Pengendali Makanan untuk mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi, termasuklah menyimpan kuku yang pendek dan bersih.

๐Ÿ’… Mengapa pula kuku perlu pendek?

Tahukah anda, bila kuku disimpan panjang, MACAM-MACAM KUMAN & KOTOR boleh tersorok di bawah kuku anda. Sebagai Pengendali Makanan, bertambah tinggi risiko anda untuk menyebabkan KERACUNAN MAKANAN bagi makanan yang anda jual tauu.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ”ฌ Eh cikgu, GLOVES / SARUNG TANGAN kan tutup kuku panjang?

Ehh boleh terkoyak tau sarung tangan nya bila kuku anda panjang ala kucing kampung cikgu. Anda mungkin rasa macam takde nampak koyak, tapi koyak nya boleh saiz KECIL SANGAT/MICRO CUT, ah la tu, kuman kan kecil juga, boleh rentasi dari kuku ke makanan bila ada koyak kecil itu.

๐Ÿ‘จโ€โš–๏ธ๐Ÿ’ธ KUATKUASA UNDANG-UNDANG?

Di bawah Peraturan Kebersihan Makan 2009, Peraturan 33, kuku panjang anda boleh menyebabkan anda sebagai Pengendali Makanan Komersil DIKOMPOUND / didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau PENJARA tidak lebih dua(2) tahun tauu.

๐Ÿ•บโœจ Sebaiknya, sediakan pemotong kuku bersama anda sepanjang masa. Pastikan kuku pendek-pendek selalu ya ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘

Lebih perkongsian Keselamatan Makanan secara ONLINE bersama Cikgu Pengendali Makanan di Kursus ONLINE Pengendali Makanan EduFood (setiap hari PKP* 9.30am)

Ada pertanyaan? Mari hubungi Cikgu Nadzirah:
https://wa.me/60126426732

Terima kasih ! ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Nadzirah Salehuddin

Author Nadzirah Salehuddin

More posts by Nadzirah Salehuddin

Leave a Reply

DAFTAR / SEBUTHARGA REGISTER / QUOTATION