
Hari ini, iaitu 7 Jun 2020 adalah merupakan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia (World Food Safety Day), seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Keselamatan makanan penting dalam memastikan pencemaran kimia, fizikal, mikroorganisma dan radiasi tidak berlaku di sepanjang rantaian makanan yang bermula dari ladang hingga ke meja makan yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Pada tahun ini fokus Hari Keselamatan Makanan Sedunia adalah Keselamatan Makanan di Pasar (Safe Food in Markets) memandangkan pasar merupakan tempat utama orang ramai mendapatkan sumber bahan mentah dan makanan. Pelbagai punca pencemaran boleh berlaku di pasar sekiranya pengendalian bahan mentah dan makanan tidak dikendalikan dengan bersih dan selamat. Bagi tujuan tersebut, dalam mempertingkatkan keselamatan makanan di pasar, KKM dan pemegang taruh berkaitan akan mewujudkan Garis Panduan Pasar Bersih dan Selamat. Garis Panduan ini juga seiring dengan norma dan kelaziman baharu yang perlu diamalkan oleh masyarakat.
Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama!