The Training is in Chinese
Tukar ke Bahasa Malaysia - Change to English

EduFood : 在线食品处理员培训课程(中文)Food Handler Training in Chinese

RM50


Examples of Digital & Physical Food Handler Training Certificates by EduFood.

培训要求:
智能手机或笔记本电脑以及 ZOOM 应用程序。

新改进网站:
现在您可以轻松报名多个不同的班。在下面所展示的日期与时间中选择您要报名的那一班。

简要报名指南:
在以下的日期与时间中选择您要报名的班。如有需要,课添加数额/班,最后单击“注册” (DAFTAR – REGISTER)。

中文班的选择有限,本院有更多的马来语班供您选择。您可以点击下面的链接查看马来语班的时间表。

Please contact us if you need any help by clicking on the Phone or WhatsApp button located at bottom right side of the screen.

Untuk Kursus dalam Bahasa Malaysia BM klik SINI )
( For ENGLISH Slots click HERE )
( In-House / Private Training optional HRDC-Claimable click HERE )
( Halal, HCCP, GMP, MeSTI, & More Trainings click HERE )

Description

Maklumat Lanjut

Di bawah ialah maklumat lanjut berkaitan Kursus Pengendali Makanan Online kelas awam yang kami tawarkan. Jika anda hendak melihat jadual kelas dan buat pendaftaran, sila skrol ke bawah atau klik/tekan butang merah ‘Lihat Jadual’ di bahagian bawah kiri.

EduFood ialah nama pendek kepada nama syarikat kami iaitu EduFood Training & Services Sdn. Bhd. (sebelum ini EduFood Training & Consultancy). Kami mula beroperasi di bawah nama EduFood pada tahun 2019, dan kami menawarkan pelbagai servis latihan berkaitan dengan industri makanan. Servis utama yang kami tawarkan ialah Kursus Pengendali Makanan, dan pengasas EduFood ialah tenaga pelatih yang diiktiraf KKM bagi kursus ini sejak tahun 2014. Sehingga kini, lebih daripada 100,000 peserta telah menerima sijil Kursus Pengendali Makanan EduFood.

Ya, hanya Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menjalankan Kursus Pengendali Makanan, dan EduFood merupakan salah satu SLPM yang diiktiraf KKM. Nombor sijil SLPM EduFood ialah SL0220117-4/1 dan pengiktirafan boleh dilihat dalam sistem FoSIM KKM.

Kursus Pengendali Makanan memberi latihan asas kebersihan dan keselamatan makanan dalam aktiviti pengendalian makanan untuk tujuan jualan atau komersil. Berikut ialah modul Kursus Pengendali Makanan:

  • Modul LPM 1: Pengenalan
    1.1 Kuasa Perundangan
    1.2 Kepentingan Kebersihan & Keselamatan Makanan
    1.3 Kepentingan Menjaga Kebersihan
  • Modul LPM 2: Asas Kebersihan Makanan
    2.1 Kesihatan Diri
    2.2 Pakaian Pengedali Makanan
    2.3 Amalan Buruk Pengendali Makanan
    2.4 Amalan Baik Pengendali Makanan
    2.5 7 Langkah Betul Mencuci Tangan
    2.6 Peralatan (Penggunaan & Pencucian)
    2.7 Premis & Kemudahan Asas
    2.8 Makhluk Perosak
    2.9 Pembuangan Sampah
  • Modul LPM 3: Asas Keselamatan Makanan
    3.1 Pemilihan Bahan Mentah
    (Basah, Kering, Makanan Telah Diproses)
    3.2 Pengendalian Bahan Mentah Yang Betul & Salah
    3.3 Penyimpanan Bahan Makanan
    3.4 Zon Bahaya Penyimpanan
    3.5 Penyediaan Makanan
    3.6 Pembungkusan Makanan
    3.7 Penghidangan Makanan
    3.8 Pengangkutan Makanan
  • Modul LPM 4: Faktor Kritikal Keracunan Makanan
  • Kesimpulan

Beberapa set kuiz mudah perlu juga dijawab sewaktu kursus dijalankan.

Kursus ini wajib diambil oleh setiap Pengendali Makanan menurut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. Bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009, Pengendali Makanan termasuk mana-mana individu yang:-
(a) Terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) Menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) Mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas; dalam mana-mana Premis Makanan.

Secara ringkasnya, Pengendali Makanan ialah individu yang terlibat secara langsung dengan aktiviti penyediaan dan pengendalian makanan untuk tujuan jualan seperti tukang masak, pembantu dapur, pelayan restoran, peniaga makanan, dan sebagainya. Kursus ini juga wajib kepada individu yang menjalankan perniagaan dari rumah yang melibatkan aktiviti-aktiviti di atas.

Ya, kursus ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada warganegara ataupun bukan warganegara Malaysia. Jika tidak berniat untuk bekerja sebagai Pengendali Makanan sekalipun boleh sertai kursus ini. Had umur juga tiada asalkan peserta boleh memahami sepenuhnya perkara-perkara yang disampaikan sewaktu kursus.

Adalah salah di sisi undang-undang jika terdapat Pengendali Makanan di Premis Makanan yang tidak menghadiri kursus wajib ini. Individu yang bersalah boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Premis makanan juga boleh diarah tutup dan hanya boleh kembali beroperasi setelah semua Pengendali Makanan mendapat Sijil Pengendali Makanan.

Ya, Pengendali Makanan juga wajib mendapatkan vaksin Anti-Tifoid setiap 3 tahun. Ianya bertujuan untuk mengelakkan jangkitan demam kepialu atau tifoid yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi. Penyakit ini adalah amat mudah untuk berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, maka adalah amat penting untuk setiap Pengendali Makanan mengambil berat perkara ini. Sila hubungi klinik berhampiran untuk mendapatkan vaksinasi.

Menurut keperluan KKM, peserta harus menghadiri kursus sekurang-kurangya selama 3 jam dan menerima semua modul latihan serta menjawab semua kuiz yang diberikan sewaktu kursus. Bagi kelas online kami, jika peserta terlewat masuk kelas dan tidak boleh memenuhi keperluan ini, peserta boleh dikeluarkan dari kelas dan tiada sijil dikeluarkan untuk peserta tersebut. Tempoh kursus yang kami jalankan adalah berjumlah 3.5 jam untuk memberi masa bagi mengambil kedatangan pada awal kursus dan ruang waktu rehat di pertengahan kursus.

Ya, Sijil Pengendali Makanan yang diiktiraf KKM akan dikeluarkan sebagai bukti telah menghadiri kursus ini. Sijil ini juga diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya.

Kami akan keluarkan sijil PDF dalam masa 12 jam selepas lengkap menghadiri kursus dan sijil fizikal juga akan dihantar ke alamat penghantaran yang kami terima.

Sijil PDF hanya akan diberikan kepada Person In Charge (PIC) iaitu individu yang mendaftarkan peserta untuk kursus.

Sijil Pengendali Makanan adalah sah untuk seumur hidup dan juga sah di mana-mana Premis Makanan.

Bagi kelas online awam seperti yang tertera dalam Jadual Kelas di bawah cas kursus adalah RM50 seorang termasuk pensijilan dan penghantaran sijil fizikal menggunakan pos setem (pilihan cara penghantaran Poslaju juga ada dengan cas tambahan).

Kelas online awam yang kami tawarkan adalah bukan HRDC-Claimable disebabkan tempoh kursus adalah kurang daripada 4 jam. Kami hanya menawarkan kursus HRDC-Claimable untuk kelas private, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

  • Sijil PDF diberikan dalam masa 12 jam yang boleh digunakan untuk membuat salinan sementara sebelum menerima sijil fizikal.
  • Sijil fizikal dilaminat bagi memastikan sijil tahan lama serta lasak dan mudah dibersihkan jika terkotor.
  • Kami menawarkan servis membuat salinan sijil baru jika kehilangan sijil yang dikeluarkan EduFood.
  • Mudah untuk membuat semakan kesahihan sijil di edufood.com/verify.
  • Penghantaran pos percuma (Poslaju juga ditawarkan dengan cas tambahan). Untuk pendaftaran 4+ peserta dalam satu order, percuma penghantaran Poslaju.

Kami menjalankan kursus secara Live melalui Zoom. Peserta perlu mempunyai alat yang boleh menggunakan app Zoom dan mempunyai kamera hadapan seperti smartphone atau laptop. Alat yang digunakan untuk memasuki kelas tidak boleh dikongsi, setiap peserta perlu ada satu alat untuk Zoom. Peserta juga perlu mempunyai nombor telefon yang mempunyai WhatsApp kerana maklumat berkaitan kursus akan diberikan melalui WhatsApp.

Kami menawarkan kursus ini di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina (Mandarin). Peserta perlu memahami bahasa yang digunakan di dalam kursus dan sila sediakan penterjemah jika peserta kurang atau tidak faham (penterjemah tidak dibenarkan untuk kelas dalam Bahasa Cina). Peserta akan dikeluarkan dari kelas jika tidak boleh memahami material kursus.

Untuk pendaftaran kursus kami akan perlukan beberapa maklumat berkaitan dengan peserta serta alamat untuk penghantaran sijil fizikal. Kami tidak perlukan sebarang dokumen untuk tujuan pendaftaran.

KKM telah menetapkan beberapa peraturan untuk kursus Online bagi memastikan peserta memberi sepenuh perhatian sewaktu kursus antaranya ialah peserta perlu sentiasa menunjukkan muka melalui kamera sepanjang kursus. Jika peserta tidak mengikuti tatacara yang ditetapkan, peserta tersebut boleh dikeluarkan dari kelas Online dan tiada sijil dikeluarkan bagi peserta tersebut. Senarai tatacara jika anda menghadiri Kursus Pengendali Makanan Online yang dianjurkan EduFood adalah seperti di bawah.

  • Masuk kelas pada waktu mula kursus.
  • Di dalam kelas sepanjang tempoh kursus.
  • 1 kamera/alat, 1 peserta.
  • Pasang kamera sepanjang kursus.
  • Sediakan charger/powerbank.
  • Digalakkan menggunakan headset.
  • Duduk di tempat senyap dengan sambungan internet yang baik.
  • Tumpu sepenuhnya sewaktu kursus dan tidak melakukan aktiviti lain.
  • Mengikut arahan yang diberikan sewaktu kursus.

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat pembayaran dan pendaftaran Kursus Pengendali Makanan Online di website EduFood:

  1. Pilih kelas dalam Jadual Kelas di bawah dan kemudian klik/tekan butang 'Daftar'. Anda juga boleh memilih lebih daripada satu slot atau/dan kelas, sila rujuk panduan dalam bahagian Jadual Kelas di bawah.
  2. Isi Borang Pembayaran dalam page seterusnya. Cara bayaran yang tersedia ialah Online Banking FPX (B2C & B2B), eWallet, Card, DuitNow QR, & Bank Transfer.
  3. Buat bayaran menggunakan cara bayaran yang telah dipilih. Anda akan menerima invois dan dibawa ke page Borang Pendaftaran setelah pembayaran disahkan.
  4. Isi Borang Pendaftaran untuk memberikan maklumat peserta dan alamat penghantaran bagi sijil fizikal.
  5. Masuk ke dalam WhatsApp group untuk kelas. Maklumat persediaan kursus diberikan di dalam group.

Sila hubungi kami sama ada melalui panggilan atau WhatsApp di 0126426732.

Additional information

Pilih Waktu Kursus

2 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 3 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 5 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 6 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 7 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 9 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 10 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 12 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 13 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 14 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 16 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 17 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 19 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 20 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 21 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 23 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 24 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 26 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 27 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 28 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 30 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 31 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 1 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 2 July 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 3 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 5 July 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 6 July 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 8 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 9 July 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 10 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 12 July 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 13 July 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 15 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 16 July 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 17 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 19 July 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 20 July 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 22 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 23 July 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 24 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM), 26 July 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM), 27 July 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM), 29 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM), 30 July 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM), 31 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)

Invois Sebelum Bayaran - Invoice Before Payment

Dengan cara pemberian invois ini anda hanya boleh memilih waktu kelas seminggu selepas tarikh sekarang. Waktu kelas lebih awal telah dikeluarkan dari jadual kelas di bawah. Anda boleh daftar kelas lebih awal dengan menukar cara pemberian invois.
With this invoicing method you can only select classes with dates a week after current date. Earlier classes have been removed from the class schedule below. You can register for earlier classes by changing the invoicing method.


Jadual Kelas - Class Schedule(中文)

NOTIS PENTING
Peserta perlu faham Bahasa Cina dan penggunaan penterjemah tidak dibenarkan untuk kelas dalam Bahasa Cina. Peserta akan dikeluarkan dari kelas jika tidak boleh memahami material kursus.

IMPORTANT NOTICE
The participant must understand Chinese and the use of translator is not allowed for classes in Chinese. The participant will be removed from class if the participant is not able to understand the training materials.

Bahasa Lain - Other Languages
Jika anda ingin menukar Bahasa kelas sila klik/tekan Bahasa di bawah. - If you want to change the language of the class please click/tap on the language below.
Bahasa MalaysiaEnglish

Cara Daftar - How To Register
1) Pilih Kelas berserta Bilangan Peserta yang anda ingin daftar.
Select Class together with Number of Participants that you want to register.
2) Pilihan Kelas akan tertera dan akan ada butang untuk Tambah Kelas dan Daftar.
Selected Class will be shown and there will be buttons to Add Class and Register.
3) Tambah Kelas jika anda ingin daftar lebih dari satu kelas.
Add Class if you want to register for more than one class.
4) Klik Daftar untuk meneruskan proses pendaftaran.
Click Register to continue with the registration process.
Lihat Pilihan - View SelectionsLihat Jadual - View Schedule

Pilih Waktu KursusStockQuantity 
29 July 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM)0 Slot Tersedia - Slot Available
31 July 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)12 Slot Tersedia - Slots Available
2 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM)14 Slot Tersedia - Slots Available
3 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM)16 Slot Tersedia - Slots Available
5 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM)12 Slot Tersedia - Slots Available
6 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
7 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
9 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
10 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
12 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM)17 Slot Tersedia - Slots Available
13 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
14 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)19 Slot Tersedia - Slots Available
16 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
17 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
19 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
20 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
21 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
23 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
24 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
26 August 2026 星期三 AFTERNOON (2.00PM-5.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
27 August 2026 星期四 NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
28 August 2026 星期五 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
30 August 2026 星期日 MORNING (9.00AM-12.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
31 August 2026 星期一NIGHT (8.00PM-11.30PM)20 Slot Tersedia - Slots Available
DAFTAR / SEBUTHARGA REGISTER / QUOTATION