Skip to main content
Pilihan Kelas - Selected ClassesClose Cart

Bagi pengendali makanan yang dah biasa berniaga makanan, confirm pernah dipesan untuk dapatkan Kad Tifoid ini kan?

Kita mulakan cerita dengan Penyakit Tifoid, atau dalam BM nya, Demam Kepialu.

Demam Kepialu / Typhoid Fever

Demam Kepialu ini disebabkan kuman, bakteria Samonella typhi namanya, yang mudah merebak melalui makanan & air tercemar oleh pengendali makanan yang membawa penyakit ini (haa, macam COVID-19 juga yee, cuma melaui makanan). Akibatnya: demam, cirit birit beletup-letup, sakit perut tergolek, seksaa woo, cikgu tau sebab cikgu pernah kena dulu, sebelum cikgu menerimaVaksin Anti-Tifoid.

Jenis Vaksin Anti-Tifoid

Terdapat 2 jenis vaksin tifoid di Malaysia
i. Typhim Vi (Vi CPS): Vaksin SUNTIKAN seperti yang digunakan di Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap 3 tahun sekali.
ii. Ty21a – vaksin oral bentuk kapsul/PIL, setiap 3 tahun. Satu (1) kapsul diambil berselang hari (hari 1, 3, 5) berjumlah 3 kapsul (ya, memang penat berulang ke klinik ya 3 hari berturut). Semua dos mestilah diambil untuk mendapat efikasi maksimum. Setiap kapsul hendaklah diambil dengan air sejuk (suhu kurang daripada 37°C, 1 jam sebelum makan).

Mengapa PENTING Vaksin Anti-Tifoid Ini?

Vaksin Anti-Tifoid ini memberikan pengendali makanan kita imuniti kepada kuman ini ya, memastikan kita tak merebakkan kuman ini melalui makanan yang kita sediakan untuk pelanggan tersayang kita. Ingat, 3 tahun sekali ja. Bila dah selamat cucuk/makan pil, akan dapat Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid, popular dengan nama Kad Pengendali Makanan (bila ambil sekali dengan Sijil Pengendali Makanan at some states).

Maka ambil lah suntikan ini kerana anda sayang pelanggan anda. Dengan vaksinasi ini, anda memastikan pelanggan anda tidak akan menerima penyakit berjangkit melalui makanan ini dari anda.
& jaga reputasi anda sebagai penjual makanan sedap & selamat.
Bagi yang takut cucuk, haa, jangan tanya selera, cucuk ja.

Mana leh gi klinik vaksin anti-tifoid PKP ini?

Klinik swasta terdekat anda biasanya akan ada stok.
Tapi, cikgu amat galakkan call dulu tanya:
1. Ada stok vaksin anti-tifoid? @ suntikan pengendali makanan? (jika tetiba tak ingat nama vaksin, klinik faham bila anda kata untuk makanan).
2. Berapa harga. RM50-90 gitu ok la, tapi RM100+++ overkill mahai huhu.

Lebih perkongsian Keselamatan Makanan bersama Cikgu Pengendali Makanan di Kursus ONLINE Pengendali Makanan EduFood (setiap hari PKP* 9am)

Ada pertanyaan? Mai hubungi Cikgu Nadzirah:
https://wa.me/60126426732

Terima kasih ! ???

Nadzirah Salehuddin

Author Nadzirah Salehuddin

More posts by Nadzirah Salehuddin
DAFTAR / SEBUTHARGA REGISTER / QUOTATION